Ada Apa Dengan Wilayah Nunu?

Friday, January 10, 2014

Mengetuk Pintu Rezeki

Salam Jumaat..semoga penghulu hari ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua..In Sha Allah..

Hari ni Nunu terasa nak berbicara mengenai rezeki...yaa..setiap orang mesti selalu bermimpi malah berdoa agar dimurahkan rezeki...tapi pernahkah kita mengetuk pintu rezeki?..atau mengharap rezeki yang mengetuk pintu rumah kita? hurmm..


Rezeki. Setiap yang hidup di dunia ni pasti pernah berdepan dugaan..pernah rezeki yang Nunu sangka milik Nunu dirampas sekelip mata..langsung tak tersisa..

saban hari terkedu memikirkan macam mana nak ganti..apa yang Nunu berbuat selama ini tiada keberkatan?

pernah ditipu..pernah ditekan..sedang kita berusaha mencari jalan keluar dari kesusahan, ditambah lagi beban..

Sehingga bertemu BV..pun dikondem tidak akan berhasil...pernah juga Nunu cuak kalau benar seperti dikondem mereka..maklum saja kata2 itu satu doa..

Hari ini, Jumaat 10.1.2014, menghampiri hari ke-80 suka duka bersama BV (Bo$$ Venture), 80 hari juga kajian & doa yang tak pernah putus, maka Allah tunjukkan jalan keluar kepada Nunu..Alhamdulillah..mensyukuri nikmat semalam, sehari lagi peroleh 1.5% DSI..

In Sha Allah jika Nunu sampai berjaya & senang kelak, Nunu takkan pernah lupa bahawa pernah setakuk di bawah dulu..akan Nunu cuba bantu kepada yang perlu selagi termampu..


Bila dimuhasabah kembali, mungkin Nunu tak cukup amalan, tak cukup bersedekah..yelah, hidup diri sendiri pun masih terumbang-ambing, lagi nak bersedekah? tapi kini Nunu sedar dan insaf..bersedekah tak perlu tunggu kaya...mana tahu jika kita kaya kelak kita lupa? semoga dijauhkan dengan segala perasaan sombong dan lupa diri..


Bersedekahlah..semoga dengan rezeki yang kita kongsikan dapat memberi manfaat kepada orang lain..mana tahu kita sekarang sedang menumpang manfaat dari orang lain juga? bekerja dan makan gaji dengan boss kita umpamanya, bukankah kita sedang menumpang manfaat dan kebajikan dari beliau? wallahualam....semoga diri Nunu dapat bersedekah kepada orang lain juga..


Akhir sekali, mendoakan supaya rezeki melimpah ruah, sehingga dapat melangsaikan hutang.. sesungguhnya hutang merosakkan ketenteraman rohani...Matlamat Nunu ialah untuk menjadi individu bebas hutang..in sha Allah...hutang PTPTN, hutang kereta, hutang asb dan macam2 lagilah..

Sedikit panduan ringkas urus kewangan..


1. Buat bajet dan patuhi senarai perbelanjaan. (walau nampak remeh tapi sekurang2nya menjadikan kita individu yang lebih teratur..catat segala perbelanjaan dan keperluan)

2. Utamakan keperluan ketika berbelanja. Jika punya wang lebih, barulah beli barangan kehendak. (selalunya Nunu tak punya wang lebih..berbelanja sekadar termampu..inilah yang Nunu berusaha mencari side income)

3. Tanamkan disiplin yang tinggi supaya dapat berbelanja ikut kemampuan sendiri. (survey & pertimbangkan semasaknya antara keperluan & kehendak..for sure kita akan fikir banyak kali..kalau tak ada pun sesuatu benda tu, adakah kita akan mati? eemm..)

4. Kurangkan berhutang. Fahami keperluan hutang kereta, rumah dan kad kredit. (cuba bayar lebih walaupun rm10 setiap bulan..dengan cara itu, lebihan yang terkumpul mungkin mencukupi ansuran untuk sebulan..ianya berguna jika pada bulan2 tertentu kita dalam kesesakan yang teramat..)

5. Mulakan simpanan walaupun sedikit. Ia berguna untuk waktu kecemasan dan hari tua. (simpan walau rm10 sebulan..untuk jangka masa panjang, bolehlah menyimpan atau mengambil ASB loan..ye, walau pada dasar kita berhutang, akan tetapi ianya hutang untuk kebajikan masa depan..bersabarlah untuk tempoh setahun, recycle kembali wang dividen..jangan sekali2 guna..cabar diri kita..errkk..Nunu masih berusaha ke arah ittew..)




Nunu, 10 January 2014




1 comment: